Tempoh, skop latihan ketenteraan AS-Korea Selatan diubah atas arahan Trump

Pengarah Hal Ehwal Awam Ketua Turus Bersama (JCS),Kapten Jang Do Young/ Foto REUTERS

SEOUL,19 Ogos – Seoul dan Washington bersetuju untuk mengubah tempoh,skala dan beberapa aspek lain dalam latihan ketenteraan bersama tahunan Ulchi Freedom Shield (UFS),atas cadangan Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI

Namun,objektif utama kesiapsiagaan dan latihan dikekalkan.

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden Donald Trump pada Ahad mengarahkan supaya penyertaan AS dalam latihan tahunan berkenaan dikurangkan secara ketara,mengambil kira hubungan yang sangat baik antara beliau dengan pemimpin Korea Utara,Kim Jong Un. -REUTERS