Banjir kilat Gansu: Lebih 200 individu terperangkap diselamatkan

Foto REUTERS

GANSU,27 Julai – Seramai 247 individu yang terperangkap berjaya dipindahkan,manakala 23 mangsa cedera menerima rawatan susulan banjir kilat yang melanda Lembah Shuangshimen,Wilayah Gansu,China pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI

Beberapa saksi berkata,banjir kilat itu membawa lumpur dan batu dari kawasan pergunungan serta hulu sungai,menyebabkan sebahagian mangsa terkena batu sebelum sempat menyelamatkan diri. -REUTERS