Kebajikan ATM terus diperkasa, perkukuh khidmat terbaik

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PORT DICKSON,24 Julai – Kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diberi perhatian termasuk aspek kediaman bagi memastikan warga pertahanan dan keluarga menikmati kemudahan tempat tinggal lebih selesa.

RINGKASAN BERITA AI

Menurut Perdana Menteri,antara projek diberi perhatian ialah pembangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Syed Sirajuddin,Gemas yang melibatkan kira-kira 1,300 unit baharu dan dijangka siap tahun depan.

Selain itu perhatian turut diberikan kepada penyelenggaraan kemudahan lain,termasuk institusi serta kemudahan keagamaan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).