Trafik Selat Hormuz terus merosot susulan ketegangan AS-Iran

Foto AFP

KUALA LUMPUR,11 Julai – Trafik perkapalan komersial di Selat Hormuz terus merosot apabila ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran kembali memuncak susulan kegagalan gencatan senjata yang dicapai sebelum ini.

RINGKASAN BERITA AI

Pada 18 Jun lalu,Iran dan AS memeterai memorandum persefahaman bagi meredakan konflik serta memastikan pelayaran di Selat Hormuz dapat diteruskan. Namun,ketegangan kembali meningkat selepas kedua-dua pihak saling menuduh melanggar perjanjian itu,sekali gus menjejaskan keyakinan industri perkapalan terhadap keselamatan laluan berkenaan.