100 anggota bomba dikerah padam kebakaran gudang di Houston

Foto REUTERS

HOUSTON,23 Jun– Satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah gudang dilaporkan berlaku di tenggara Houston pada Isnin,sehingga memaksa operasi pemadaman secara besar-besaran dilakukan oleh pihak bomba.

RINGKASAN BERITA AI

Pihak Jabatan Bomba Houston mengesahkan sekitar 100 anggota bomba berada di lokasi bagi mengekang api daripada merebak,dengan operasi dijangka berterusan hingga ke malam.

Gudang terbabit dilaporkan mula terbakar pada pukul 2.50 petang waktu tempatan,menyebabkan kepulan asap tebal dapat dilihat dari jarak jauh di kawasan sekitar.

Punca kejadian masih dalam siasatan. – REUTERS