Gempa bumi 6.7 magnitud di Palu ragut satu nyawa

Foto AFP

PALU,17 Jun – Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud yang menggegarkan wilayah tengah Indonesia pada pagi Selasa mengakibatkan seorang meninggal dunia.

RINGKASAN BERITA AI

Menurut Agensi Meteorologi,Klimatologi,dan Geofizik Indonesia (BMKG),gegaran kuat itu berpusat di timur-tenggara Palu,Pulau Sulawesi,pada pukul 10:27 pagi semalam waktu tempatan.

Bagaimanapun,bencana itu tidak membawa ancaman tsunami.

Seorang penduduk Palu,Nurhaidar,42,menceritakan detik cemas ketika gegaran berlaku sewaktu beliau sedang memasak di dapur.

“Tiba-tiba terasa seperti ada satu sentakan kuat dan seluruh rumah mula bergegar. Bahagian bumbung mengeluarkan bunyi yang sangat bising,seolah-olah mahu runtuh.

Dalam keadaan panik dan keliru,saya segera menyelamatkan diri bersama anak-anak ke luar rumah,” katanya.

Pihak berkuasa kini giat menjalankan operasi menyelamat dan menilai jumlah kerugian sepenuhnya di kawasan terjejas.- AFP