Dua mayat lelaki ditemukan di permukaan Sungai Kedah

Dua mayat lelaki ditemukan tersangkut pada sampah di permukaan Sungai Kedah

ALOR SETAR,14 Jun – Dua mayat lelaki ditemukan tersangkut pada sampah di permukaan Sungai Kedah berhampiran Titi Taman Persiaran Jeragan di sini pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI

Pada masa sama,orang awam turut menemukan seorang lagi mangsa yang terapung di permukaan sungai pada jarak 100 meter dari mangsa pertama iaitu berhampiran titi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda MADA .

Mayat pertama dibawa naik ke tebing menggunakan jengkaut setelah kebenaran pihak polis,manakala mayat kedua mangsa dibawa naik pihak bomba ke bot aluminium.

Kedua-dua mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat kira-kira 11.45 pagi.