Polis ambil keterangan penduduk temui Jaslinda

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Abdul Malik Hasim/Foto BERNAMA

TAPAH,7 Jun – Polis sudah mengambil keterangan beberapa penduduk Orang Asli yang menemukan pendaki wanita,Jaslinda Saludin,49,di Kampung Lubuk Gaharu,semalam.

RINGKASAN BERITA AI

Katanya,mangsa masih berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum sebarang keterangan rasmi dapat direkodkan pihak polis.

Selepas 14 hari dilaporkan hilang,Jaslinda Saludin berjaya ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu,Pos Musoh oleh Orang Asli kira-kira 5 petang.

Jaslinda dilaporkan hilang pada 23 Mei lalu ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.