Pembubaran DUN Negeri Sembilan: Notis pemakluman rasmi diserah kepada SPR hari ini – Speaker

Foto BERNAMA

SEREMBAN,5 Jun – Notis pemakluman rasmi tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

RINGKASAN BERITA AI

PRN ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan politik PH dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai 31 kerusi DUN.

PH memenangi 17 kerusi diikuti BN dengan 14 kerusi,manakala Perikatan Nasional (PN) pula lima kerusi.

Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN untuk memberikan laluan kepada PRN selepas Johor berbuat demikian pada Isnin lepas. – BERNAMA