Pemerkasaan kerjasama strategik awam-swasta, tingkat manfaat agenda kesihatan negara

Kerjasama awam-swasta amat penting untuk meluaskan capaian saringan,memperkukuh agenda kesihatan negara serta membawa maklumat kesihatan lebih dekat kepada masyarakat yang memerlukan,menurut Timbalan menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib.

KUALA LUMPUR,22 April – Kerjasama strategik sektor kesihatan awam dan swasta perlu terus diperkukuh,bagi memperluas capaian Penjagaan Kesihatan Pencegahan.

RINGKASAN BERITA AI

Pendekatan itu selari hasrat Kementerian Kesihatan untuk mengubah fokus penjagaan kesihatan daripada rawatan selepas sakit kepada pencegahan dan intervensi awal.

3 April lalu,Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly menggariskan lima keutamaan strategik yang memerlukan sokongan sektor swasta sebagai langkah kritikal mempercepat transformasi sistem penjagaan kesihatan negara.