Selangor perkukuh sektor agromakanan, ringan beban industri

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,17 April – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyambut baik langkah proaktif Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bernilai RM131 juta,sebagai usaha memperkukuh sektor agromakanan dalam menghadapi tekanan akibat krisis tenaga global.

RINGKASAN BERITA AI

Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri merupaka usaha penting bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara cekap dan menyeluruh dalam mendepani krisis tenaga global.

Pendekatan sinergi yang diwujudkan bukan sahaja membantu mengurangkan tekanan kos pengeluaran,malah mampu memperkukuh daya tahan rantaian bekalan makanan negara dari peringkat pengeluaran hingga ke pengguna.

“KPKM mengalu-alukan lebih banyak kerajaan negeri untuk tampil dengan langkah proaktif bagi menyokong sektor agromakanan,sekali gus memastikan golongan pesawah,nelayan,petani,penternak dan pengusaha akuakultur terus berdaya tahan.

“KPKM yakin kerjasama strategik antara Persekutuan dan Negeri akan memberi impak signifikan dalam melindungi kebajikan pemain industri serta menjamin keterjaminan bekalan makanan negara dalam tempoh krisis semasa,” tambah kenyataan itu.