
FOTO REUTERS
TEHRAN,16 April — Kerajaan Iran mengesahkan belum ada sebarang tarikh ditetapkan bagi pusingan baharu rundingan damai dengan Amerika Syarikat (AS),meskipun terdapat usaha berterusan melalui pihak penaja,Pakistan.
RINGKASAN BERITA AI
−
Namun tetap bertegas mempertahankan hak untuk menggunakan tenaga nuklear bagi tujuan keamanan.
Beliau turut menafikan dakwaan AS bahawa Iran memiliki program senjata nuklear dan menyifatkan kenyataan Washington sebagai rekaan semata-mata selain memberi tekanan serta menakut-nakutkan komuniti antarabangsa.
Sementara itu berkaitan situasi di Selat Hormuz dan sekatan maritim oleh AS terhadap pelabuhan Iran,Baghaei menegaskan bahawa Iran sentiasa komited terhadap keselamatan pelayaran di laluan strategik itu sejak beberapa dekad lalu.
Bagaimanapun,beliau menjelaskan bahawa perang yang dicetuskan oleh AS dan Israel terhadap Iran telah mengubah landskap keselamatan serantau.
“Selagi AS dan Israel menamatkan peperangan mereka di Timur Tengah,Iran bersama negara-negara pesisir Teluk Parsi mampu menjamin keselamatan perairan ini,” tambahnya.
Konflik yang bermula pada 28 Februari lalu menyaksikan serangan udara AS-Israel selama 40 hari ke atas Iran,yang mengorbankan Pemimpin tertinggi Iran,Ali Khamenei,beberapa komander kanan tentera serta lebih 3,000 orang awam.
Iran membalas serangan tersebut dengan gelombang peluru berpandu dan dron yang menyasarkan aset Israel serta AS di Asia Barat.
Gencatan senjata selama dua minggu antara kedua-dua pihak yang bermula pada 8 April lalu di Islamabad,Pakistan gagal mencapai sebarang kata sepakat. – REUTERS