
FOTO REUTERS
CANBERRA,16 April – Australia bakal meningkatkan dana pertahanannya kepada 3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2033.
RINGKASAN BERITA AI
−
Sebelum ini,perbelanjaan pertahanan Australia diunjurkan meningkat kepada 2.3 peratus daripada KDNK menjelang 2033.
Sasaran terbaharu itu bermakna Australia akan membelanjakan tambahan sebanyak Aus$53 bilion (RM164.7 bilion) dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding tahun 2024,menurut pegawai Jabatan Pertahanan.
Bagi tempoh jangka pendek,perbelanjaan dijangka meningkat sebanyak tambahan Aus$14 bilion dalam tempoh empat tahun.
Bagaimanapun,bagi mencapai sasaran 3.0 peratus itu,Australia telah menukar kaedah pengiraan bajet pertahanannya agar selari dengan definisi NATO yang turut merangkumi faktor lain seperti pencen ketenteraan.
Antara projek ketenteraan utama termasuk mempercepatkan pembinaan limbungan pembinaan kapal besar di Australia Barat bagi menyelenggara kapal selam berkuasa nuklear di bawah perjanjian pertahanan AUKUS bersama Amerika Syarikat dan Britain.
Di bawah perjanjian AUKUS,AS dan Britain akan memindahkan keupayaan kapal selam berkuasa nuklear kepada tentera laut Australia. – AFP