Mahkamah Syariah Sabah bakal perkenal sistem giliran digital tahun depan

Dr. Mohd Na'Im pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR,23 Oktober – Satu sistem giliran digital akan diperkenalkan di Mahkamah Syariah Sabah bermula tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na'Im Mokhtar bagaimanapun berkata keputusan itu tertakluk kepada kelulusan peruntukan Mahkamah Syariah Negeri Sabah.

Jelas beliau,inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada agenda transformasi digital kehakiman syariah.

''Pelaksanaan sistem ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan,memastikan operasi pentadbiran JKSNS dilaksanakan dengan lebih lancar,efisien dan teratur,serta selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kehakiman syariah di Negeri Sabah," katanya di Dewan Rakyat.

Selain itu,28 jawatan baharu tanpa pertukaran bagi fasiliti baharu Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) telah diperakukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Antara jawatan baharu yang diluluskan ialah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah (Kanan) Gred LS14.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah kepada enam orang.