Optimisme terhadap perdagangan serantau dorong Ringgit ditutup tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,3 Julai- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini,disokong oleh sentimen serantau yang lebih baik berikutan perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-Vietnam yang baharu,kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Pada 6.00 petang,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2195/2255 berbanding dolar AS daripada 4.2245/2305 pada Rabu.

Innes berkata perjanjian untuk mengenakan tarif yang lebih rendah sebanyak 20 peratus ke atas eksport Vietnam berbanding 46 peratus sebelum ini telah meningkatkan kesediaan untuk mengambil risiko dan menyokong mata wang serantau.

“Pasaran melihat ini sebagai petunjuk positif untuk perdagangan global kembali meningkat,membantu mengukuhkan ringgit,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata data pekerjaan ADP AS yang lebih rendah daripada jangkaan,dengan hanya 33,000 pekerjaan bertambah pada Jun,mengukuhkan jangkaan dua penurunan kadar faedah AS pada tahun ini,sekali gus memberi tekanan kepada dolar AS.

Bagaimanapun,katanya tumpuan pasaran dijangka beralih kepada laporan senarai gaji bukan ladang AS malam ini,dengan konsensus sebanyak 106,000.

Pada penutup,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.9756/9827 daripada 4.9748/9818 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.9333/9376 daripada 2.9316/9360.

Bagaimanapun,ringgit meningkat berbanding pound kepada 5.7621/7703 daripada 5.7859/7941 semalam.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3146/3196 daripada 3.3167/3217 dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.0211/0457 daripada 13.0233/0482.

Ringgit merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 260.5/261.0 daripada 259.9/260.5 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 7.50/7.51 daripada 7.49/7.51 sebelum ini.- BERNAMA