Pesawat Juneyao Airlines A320/ REUTERS
KUALA LUMPUR,2 Julai-Penerbangan terus Juneyao Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan merancakkan pelancongan dan jaringan penerbangan antara Malaysia dan China.
Pembukaan laluan itu juga menyokong usaha negara untuk menarik pelancong dari Shanghai selainmengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk utama ke Asia Tenggara bagi pelancong dari China.
Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia,Samuel Lee Thai Hung,dalam satu kenyataan memaklumkan,kerjasama erat dengan syarikat penerbangan dan rakan dagang boleh memacu pertumbuhan ekonomi.
"Pihak kami terus komited bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan dan rakan perdagangan China demi memastikan pertumbuhan berterusan yang saling menguntungkan.
"Langkah ini dijangka merancakkan pelancongan antara Malaysia dan China menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026," menurut kenyataan itu.