2 individu termasuk seorang penjawat awam direman kerana rasuah

Suspek disyaki melakukan perbuatan rasuah antara tahun 2020 dan 2021.

ALOR SETAR,2 Julai- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kedah menahan dua individu termasuk seorang penjawat awam kerana disyaki bersubahat dengan sebuah syarikat penyelenggaraan dan pembersihan bagi menjalankan kerja-kerja berkaitan bernilai RM300,000.

Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali membenarkan kedua-duasuspekdireman selama 5 hari sehingga 6 Julai 2025 selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar,pagi tadi.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 30-an itu telah ditahan antara pukul 11 pagi hingga 2 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah,semalam.

Menurut kenyataan tersebut,Kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara tahun 2020 dan 2021.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bersubahat dengansuspek utama yang merupakan seorang penjawat bagi membolehkan kedua-duanya mendapat keuntungan daripada syarikat yang dilantik.


Pengarah SPRM Kedah,Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut .

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.