MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Batu Ferringhi esok

FOTO FB Malaysian Meteorological Department

GEORGE TOWN,22 April- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Masjid Jamek Ar-Rahman,Batu Ferringhi esok.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan ujian itu akan diadakan dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan sehubungan itu,penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan untuk tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.