Fahmi ucap salam Nuzul Quran kepada umat Islam

FOTO FACEBOOK Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,18 Mac- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengajak umat Islam untuk menghayati Nuzul al-Quran dengan memperbanyakkan pembacaan,penghayatan dan pengamalan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata Al-Quran adalah panduan hidup yang membawa keberkatan serta menjadi penawar bagi hati,membimbing umat Islam ke arah kehidupan yang lebih dekat dengan Allah SWT.

"Semoga al-Quran menjadi penawar bagi hati dan panduan hidup yang sentiasa memberi keberkatan.

"Salam Nuzul al-Quran," katanya menerusi hantaran di Facebook.