Gempa bumi kuat di sempadan Chile-Bolivia

Foto Facebook MET Malaysia

PETALING JAYA,3 Januari- Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud melanda rantau sempadan Chile-Bolivia pada pukul 4.43 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia),gempa tersebut berlaku pada jarak 210 kilometer (km) tenggara dari Iquique,Chile.

Gempa bumi itu berpusat di koordinat 21.6° utara dan 68.8° barat dengan kedalaman 34 km.

MET Malaysia mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.