Kontrak hadapan KLIBOR tidak diniagakan pada sesi awal

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,31 Disember- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives kekal tidak diniagakan semasa awal dagangan pada Selasa.

Pada pukul 9.20 pagi,Januari 2025,Februari 2025,Mac 2025 dan Jun 2025 masing-masing disandarkan pada 96.45.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing sifar.- BERNAMA