Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,9 Disember - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.89 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.59 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik terdiri daripada RM2.5 bilion untuk tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.0 bilion untuk 90 hari.

Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM300 juta untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.9 bilion dan RM24.9 bilion untuk tender semalaman Murabahah.-BERNAMA