Frank Bisignano akan mengetuai Pentadbiran Keselamatan Sosial AS

Frank Bisignano / Foto REUTERS

AMERIKA SYARIKAT,5 Disember- Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu dipilih,Donald Trump,mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Fiserv,Frank Bisignano,akan mengetuai Pentadbiran Keselamatan Sosial.

"Frank ialah pemimpin perniagaan dengan rekod cemerlang dalam mentransformasi syarikat besar.

"Beliau akan bertanggungjawab memastikan komitmen agensi ini kepada rakyat AS untuk generasi akan datang," katanya menerusi perkongsian di Truth Social miliknya.

Menurut perkongsian tersebut,Bisignano sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Bersama di JPMorgan Chase & Co serta memegang jawatan kanan di Citigroup sebelum menyertai Fiserv. - REUTERS