Kelantangan Malaysia, komitmen Kerajaan Madani pertahan hak, nilai kemanusiaan sejagat

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PUTRAJAYA,21 November- Kelantangan Malaysia di peringkat global jelas memperlihatkan komitmen Kerajaan Madani dalam mempertahankan hak serta nilai kemanusiaan sejagat.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjuangan itu adalah berlandaskan aspirasi Negara Madani yang tertegak di atas nilai keadilan dan kebenaran.

"Kita kemukakan pandangan keras bahawa tindakan Israel itu sudah sampai ke tahap 'barbarism' dan hilang tahap kemanusiaan. Saya minta negara-negara Arab dan negara Islam membuat keputusan yang lebih tegas. Malah,Malaysia diantara negara yang mengusulkan supaya disingkirkan Israel daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

"Di Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC),berdepan dengan Presiden Biden Amerika Syarikat,Presiden China,Xi Jin Ping,Presiden Perancis,Emmanuel Macron,Presiden UK,Kier Starmer... saya ulangi suara itu,bukan kerana kita negara besar besar,tapi kerana kita,negara ini,Negara Madani",katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian KhatamHadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 bersempena Sambutan Kesyukuran Dua Tahun Kerajaan Madani di Putrajaya.

Menurut Perdana Menteri,pembangunan sesebuah negara tidak akan membawa sebarang erti sekiranya soal keyakinan,jati diri,aqidah dan akhlak tidak dititikberatkan.

Beliau turut menzahirkan harapan agar Malaysia muncul sebagai sebuah NegaraMadani yang gigih memacu pertumbuhan tanpa mengabaikan penghayatan dan roh Islam sekali gus membawa satu mesej baharu bagi dunia keseluruhannya.

Dalam majlis tersebut,barisan ulama jemputan antaranya Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad Al- Malibai turut memperdengarkan tausiyyah dan pengijazahan Sahih Bukhari diikuti Majlis Perasmian Penutup oleh Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkesempatan untuk beramah mesra dengan tetamu jemputan serta jemaah yang hadir pada majlis tersebut.

Program istimewa itu berjaya menghimpunkan para ulama serta ilmuan tersohor dunia bagi menyampaikan syarahan sekali gus memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap hadis-hadis sahih Al- Bukhari. Selain menjadi simbolik perhimpunan ilmu,program itu juga mampu menjalin ukhuwah yang erat dalam kalangan masyarakat.

Ia selari prinsip Kerajaan Madani yang menekankan perpaduan,kesejahteraan dan kemajuan berteraskan nilai-nilai Islam.