Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara,Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad / Foto RTM
LANGKAWI,21 November-Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berhasrat merangka hala tuju baharu bagi meremajakan semula Skim Rondaan Sukarela (SRS) sebagai entiti penting dalam memastikan kesejahteraan,keselamatan,dan ketahanan komuniti.
Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara,Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad,berkata usaha peremajaan tersebut akan memperkukuhkan peranan SRS dengan pelbagai inisiatif baharu.
Antaranya,penggunaan teknologi moden untuk meningkatkan keberkesanan rondaan serta penambahbaikan kualiti peralatan SRS.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara,antara inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk meningkatkan keberkesanan SRS melalui penggunaan aplikasi teknologi moden dalam menjalankan tugas kawalan dan rondaan.
Antara inisiatif lain ialah menambah baik kualiti peralatan SRS serta memupuk budaya kesukarelawanan dalam kalangan komuniti melalui aktiviti keselamatan kejiranan dengan “Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS”
“Kami juga mahu memupuk budaya kesukarelawanan melalui program keselamatan kejiranan,seperti Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS.
"Ini langkah strategik untuk memastikan setiap Rukun Tetangga (RT) memiliki barisan pelapis yang komited," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Beliau sebelum itu merasmikan Program Kembara Rukun Tetangga Progresif dan Jom Ronda Bersepadu Skim Rondaan Sukarela Daerah Langkawi 2024.
Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional,Datuk Che Roslan Che Daud dan Pengerusi KRT Kampung Teluk dan Kampung Baru; Kamarudzaman Mustafa.
Menurut Hasnol,peranan SRS bukan sahaja tertumpu pada aspek keselamatan tetapi juga mampu menyatupadukan komuniti. Kehadiran SRS yang aktif di sesuatu kawasan dilihat dapat meningkatkan rasa selamat dan harmoni dalam kalangan penduduk setempat.