Industri pembuatan capai kapasiti penggunaan 82.4 peratus, suku ketiga 2024

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,20 November- Industri pembuatan mencapai kadar kapasiti penggunaan 82.4 peratus pada suku ketiga 2024.

Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata kapasiti penggunaan industri pembuatan pada suku ketiga 2024 meningkat 3.0 mata peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

Tiga subsektor mencatatkan kapasiti penggunaan tertinggi pada suku ini,menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam sektor pembuatan negara.

Subsektor kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain berada di kedudukan teratas,diikuti oleh produk mineral bukan logam,logam asas dan produk logam yang direka.

"Kapasiti penggunaan industri pembuatan meningkat 0.3 mata peratus berbanding suku tahun sebelumnya," kata kenyataan itu.

Kadar kapasiti penggunaan industri pembuatan yang melepasi kadar nasional pada suku ketiga tahun 2024 direkodkan bagi tujuh buah negeri.

Ini termasuk Wilayah Persekutuan Labuan,Terengganu,Negeri Sembilan,Selangor,Pahang,Melaka dan Johor.