PM sumbang 50 naskah al-Quran kepada Persatuan Islam Peru

Foto PMO

LIMA,15 November-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan 50 naskah Al-Quran cetakan khas dan terjemahan dalam bahasa Sepanyol kepada komuniti Islam di sini.

Sumbangan ini disampaikan pada sesi pertemuan antara Datuk Seri Anwar dengan Persatuan Islam Peru diketuai Presidennya,Murad Hamida.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan selama 30 minit itu termasuk soal pembangunan umat Islam di Peru.

Persatuan itu turut memuji usaha Malaysia yang sentiasa di hadapan dalam memperjuangkan nasib saudara Islam di Palestin dan Lubnan yang ditindas rejim Zionis Israel.

Turut dibangkitkan adalah komitmen Malaysia dalam memudahkan urusan pensijilan halal serta membantu pendidikan Islam dan dakwah di kalangan komuniti Islam di Peru.