Pelan My Digital Justice: Usaha transformasi AI sektor perundangan menjelang 2025

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman

KUALA LUMPUR,14 November - Road Map to My Digital Justice dilancarkan dalam usaha menerima pakai teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam sektor perundangan dan perkhidmatan undang-undang menjelang 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata,inisiatif itu merupakan kerjasama Kementerian Digital dengan Kementerian Komunikasi.

"Penubuhan jawatankuasa ini untuk mewujudkan satu garis panduan supaya pihak eksekutif dan makhamahdapat bekerjasama.

'Tetapi selain badan kehakiman penggunaan pakai dalam aspek- aspek lain contohnya permohonan dalam kes kes insolvenci,pemohon pemohon dalam bantuan guaman dimana bawahbidang kuasa hal ehwal undang undang," kata Azalina.

Tambahnya,sebarang polisi pemakaian AI dalam sistem perundangan negara wajar mengambil kira cabaran-cabaran berkaitan pemakaiannya yang merangkumi isu kebolehterimaan keterangan digital melibatkan kandungan sulit.