Mudah jadi sasaran 'scammer', pesara diingatkan tingkat kesedaran tentang jenayah penipuan dalam talian- Fahmi

Fahmi Fadzil berucap dalam Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi 2024 di Putrajaya

PUTRAJAYA,13 November- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menitipkan pesanan agar warga pesara Kementerian Komunikasi tidak terjerat dan menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Jelas Fahmi,kini pelbagai mondus operandi dilakukan oleh sindiket bagi menjerat mangsa.

"Jadi mereka menjadi sasaran utama para scammer. Oleh itu,saya mohon bukan hanya dalam kalangan pesara Kementerian Komunikasi,tapi warga emas amnya dan para pesara kerajaan khususnya untuk sentiasa meningkatkan tahap kesedaran tentang jenayah scam yang terkini.

"Jadi kita perlu sentiasa berhati hati dengan sebarang maklumat yang sampai kepada kita,apatah lagi kalau para pesara supaya tidak menjadi mangsa scam sekiranya sesiapa menjadi mangsa segera hubungi 997 NRC untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Oleh itu,beliau menggalakkan pesara mahupun orang ramai untuk hadir ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ke seluruh negara bagi mendapatkan maklumat mengenai keselamatan siber.

Sementara itu,beliau juga menyarakan Institusi Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) untuk menyediakan krusus atau kemahiran baharu seperti pengguna AI bagi membantu pesara ini menjadi tenaga pengajar berdasarkan pengalaman kerja mereka sebelum ini.

Selain,mengaktifkan persatuan veteran di setiap agensi bawah Kementerian Komunikasi dengan pelbagai aktiviti.

Beliau berkata demikian selepas meraikan 144 orang warga danbakal pesara dalam Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi 2024 di Putrajaya.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching,Ketua Setiausaha Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.