Malaysia di kedudukan ke-30 dalam Indeks Hak Milik Antarabangsa

Malaysia menduduki tangga ke-30 daripada 125 negara dalam Indeks Hak Milik Antarabangsa (IPRI) 2024 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,4 November – Malaysia menduduki tangga ke-30 daripada 125 negara dalam Indeks Hak Milik Antarabangsa (IPRI) 2024,naik satu tangga berbanding tahun lalu dengan skor keseluruhan 6.191 mata.

Negara mencatat skor baik dalam perlindungan fizikal dan hak harta intelek,masing-masing di kedudukan ke-27 dan 26.

Namun,skor untuk persekitaran undang-undang dan politik kekal rendah pada 5.492,meletakkan Malaysia di tangga ke-45.

Indeks yang diterbitkan oleh Perikatan Hak Milik,Amerika Syarikat (AS) itu juga mengekalkan Malaysia di tempat ketujuh di peringkat serantau.

Center for Market Education menyarankan Malaysia meningkatkan kedudukan dengan memperkukuh perlindungan hak harta fizikal,kestabilan politik,dan kebebasan kehakiman.