TSE lanjut waktu dagangan buat julung kali

Foto Fail

TOKYO,5 November- Bursa Saham Tokyo (TSE) melanjutkan waktu dagangan biasa selama 30 minit bermula hari ini sebagai sebahagian usaha menjadikan bursa lebih menarik kepada pelabur asing.

Ini merupakan julung kali pelanjutan waktu dagangan dilakukan dalam tempoh 70 tahun.

Dengan perubahan itu,pasaran beroperasi dari 9 pagi hingga 3.30 petang dengan waktu rehat tengah hari selama satu jam.

Pelanjutan juga bertujuan memberi lebih masa kepada pelabur untuk berdagang sekiranya berlaku sebarang masalah seperti gangguan sistem.

Walaupun dengan perubahan itu,TSE masih menawarkan waktu dagangan yang lebih pendek berbanding bursa utama dunia lain,seperti Bursa Saham New York,yang beroperasi enam setengah jam dan Bursa Saham London,yang dibuka selama lapan setengah jam.