PM simpati dengan situasi banjir di Sepanyol

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,5 November- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan simpati kepada seluruh rakyat Sepanyol,akibat banjir besar.

Menerusi hantaran di laman Facebook,Anwar turut menyatakan sokongan rakyat Malaysia bersama-sama rakyat negara tersebut dalam mendepani tempoh sukar selain mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Selain itu,Malaysia akan terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Sepanyol,selain berharap agar situasi di negara tersebut bakal menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Lebih 200 individu dilaporkan terkorban akibat banjir yang melanda sejak 29 Oktober lepas dan disifatkan yang terburuk dalam beberapa dekad.