Penternakan udang kara air tawar perlu dikawal

Foto Fail/ Bernama

SEREMBAN,4 November - Penternakan udang kara air tawar hanya boleh dilakukan di kawasan ternakan khas.

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan Kasim Tawe,mengingatkan supaya tidak melepaskan ternakan mereka itu ke perairan umum atau ia boleh mengakibatkan kepupusan ikan asli yang akan mengancam seluruh ekosistem perairan.

Katanya,ini kerana udang tersebut adalah spesies invasif yang akan memakan telur ikan yang ada di perairan sesuatu tempat.

"Hanya udang ini diternak dikawasan tertutup dan terkawal,jangan ternak di kawasan mudah banjir. Apa yang berlaku kita ambil iktibar. Tetapi apa yang ada sekarang ini beri kesedaran bahaya atau boleh gugat ekosistem sungai kita.

"Agak malang sungai kita yang kaya dengan hidupan asli semakin berkurangan disebabkan kehadiran spesies asing. Kalau istilah kami,asing atau spesies bukan tempatan apabila ia dominasi kawasn tersebut sebabkan kita kepupusan ikan asli," kata Kasim kepada pemberita,di sini.

Jabatan Perikanan Negeri Sembilan komited memburu ikan asing dan udang kara air tawar menerusi beberapa buah program khas.

Sehingga kini,tiada laporan umum diterima pihaknya berhubung perkara itu.