Peruntukan RM7.4 juta untuk pembangunan sukan bermotor

Adam Adli Abdul Halim / Foto RTM

KUALA LUMPUR,4 November- Sebanyak RM7.4 juta diperuntukkan bagi pembangunan sukan permotoran di seluruh negara pada tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan,Adam Adli Abd Halim,peruntukan tersebut merangkumi perbelanjaan mengurus,Dana Sukan Komuniti,Geran Padanan Sukan,dan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara.

"Peruntukan ini digunakan untuk melaksanakan program-program pemerkasaan,termasuk penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan seperti minibike dan pushbike,serta latihan kemahiran asas dalam sukan go-kart,rally,drift,cub prix,pocket bike,dan motocross.

"Selain itu,turut dilaksanakan adalah Bengkel Pemurnian Modul Disiplin Sukan Enduro,Kursus Marshal,dan Kursus Pemanduan Selamat," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Wakil Alor Setar,Afnan Hamimi Taib Azamudden,berhubung inisiatif kementerian untuk mempromosikan sukan permotoran.

Setakat ini,Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntukkan RM400,000 kepada Majlis Sukan Negeri Perlis bagi menaik taraf Litar Motorcross di Sungai Batu Pahat.