Sultan Nazrin biayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 tahanan

Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja,Jeneral Datuk Seri Tan Sri (Dr) Mohd Zahidi Zainuddin menyerahkan menyerahkan sumbangan makanan kepada tahanan di Pusat Koreksional Kamunting

TAIPING,1 November - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 tahanan yang sedang menjalani hukuman penjara di negeri ini sempena sambutan ulangtahun keputeraan Baginda ke-68 yang disambut hari ini.


Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja,Jeneral Datuk Seri Tan Sri (Dr) Mohd Zahidi Zainuddin berkata ia membabitkan peruntukan berjumlah RM93,600.


"Ini merupakan sebahagian daripada usaha perancangan-perancangan yang telah diilhamkan oleh Baginda Sultan Perak untuk membiayai dan juga memberi satu pengiktirafan.

"Kita juga tidak melupakan ada banduan-banduan di 4 pusat penjara di sekitar negeri Perak Darul Ridzuan," katanya selepas menyerahkan sumbangan makanan kepada 1,231 prospek di Pusat Koreksional Kamunting.


Antara penjara yang terlibat adalah Penjara Tapah,Penjara Taiping,Pusat Koreksional Kamunting,Pusat Koreksional Batu Gajah dan Rumah Perantaraan Perak.


Hidangan disediakan di semua penjara adalah sama iaitu nasi minyak,gulai dalca,kambing masak kurma,Ayam masak merah dan buah-buahan.