Ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan, Terengganu serta enam negeri

Foto hiasan

PETALING JAYA,29 Oktober- Ribut petir,hujan lebat,dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur,Labuan,Terengganu dan enam negeri hingga pukul 7.00 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat adalah Kedah iaitu di Padang Terap,Yan,Pendang,Kuala Muda,Sik,Baling dan Kulim,serta Selangor (Kuala Selangor,Hulu Selangor,Gombak dan Hulu Langat).

Selain itu,keadaan cuaca sama juga dijangka berlaku di Pahang (Tanah Tinggi Cameron,Lipis,Jerantut,Bentong,Maran,Kuantan,Bera,Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Di Sarawak melibatkan Miri (Telang Usan serta Marudi) dan Limbang,manakala Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman di Sipitang,Tenom,Kuala Penyu dan Beaufort.