Kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan terus diperkukuh

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,22 Oktober- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-144 di Putrajaya,hari ini.

Menurut Anwar,platform itu penting untuk membincangkan serta memperkukuh kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

"Khususnya yang terkait pemanfaatan infrastruktur untuk rakyat,selain pembangunan ekonomi serta kesejahteraan negara," katanya.

Anwar menyatakan perkara tersebut menerusi perkongsian di laman Facebook.