Cipta rekod senaman kardio, angkat berat 15 jam tanpa henti

Dr K Jey Prabakaran Thevar/Foto RTM

LIPIS,21 Oktober- Seorang pelatih kecergasan berjaya mencipta rekod dalam Influencer Book of World Records dan Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya melakukan senaman kardio dan angkat berat selama 15 jam tanpa henti.

Dr K Jey Prabakaran Thevar,26,yang lebih dikenali sebagai Dr Kjey mencatat rekod itu pada September lalu sekali gus memperbaiki pencapaiannya sebelum ini iaitu selama 12 jam pada Julai lepas.

Berkongsi rahsia kejayaannya,Dr. Kjey berkata beliau mengamalkan pemakanan yang ketat untuk memastikan stamina yang mencukupi sepanjang 15 jam tersebut.

"Saya makan lapan kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sedikit setiap dua jam. Ia penting untuk memastikan tenaga sentiasa ada dalam badan. Masa rekod bermula pukul 6.30 pagi hingga pukul 10.30 malam," jelasnya.

Beliau bertekad untuk mencipta tiga lagi rekod dunia baharu pada tahun hadapan dengan menggunakan lebih 20 peralatan berbeza.

Beliau menerima sijil pengiktirafan daripada wakil IBOWR,P. Tamilanban dan wakil MBOR,Mohamad Hazrul Hafizi Ahmad Fauzi dalam satu majlis di Jerantut.

Sementara itu,menurut wakil IBWOR,P.Tamilanban setakat ini tiada individu lain di dunia yang mampu melakukan senaman kardio dan angkat berat untuk tempoh masa yang begitu panjang.

"Kejayaan Dr. Kjey adalah pencapaian pertama seumpamanya. Jika ada yang pernah melakukan selama 13 atau 14 jam,kami akan memeriksa dan memberikan pengiktirafan sewajarnya,tetapi rekod seperti ini belum pernah dicapai," katanya.