Dua PPS di Perlis ditutup sepenuhnya

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis ditutup

KUALA PERLIS,20 Oktober – Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis dan Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai ditutup secara rasmi pada pukul 2 petang tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri,Ku Chik Ku Mat Esa,berdasarkan data terkini,kesemua 469 orang daripada 158 keluarga yang dipindahkan ke PPS tersebut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Keputusan diambil selepas pemantauan menyeluruh oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) di kawasan yang terjejas akibat fenomena air pasang besar di sekitar Kuala Perlis.