Banjir Temerloh: Jumlah penduduk terjejas menurun kepada 133 orang

Jumlah penduduk yang terjejas banjir di daerah Temerloh,Pahang,terus menunjukkan penurunan kepada 133 orang / Foto RTM

TEMERLOH,20 Oktober – Jumlah penduduk yang terjejas banjir di daerah Temerloh,terus menunjukkan penurunan kepada 133 orang setakat pukul 12 tengah hari,berbanding 354 orang,malam tadi.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),kesemua 31 keluarga yang masih terjejas kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan.

Sementara itu,portal Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air Sungai Dong di Kampung Peruas,Raub,berada pada tahap waspada dengan bacaan 133.41 meter,sedikit melebihi paras normal 132.50 meter.