Tanah runtuh di Taman Melawati, 20 keluarga diarah pindah

Hujan lebat sejak awal pagi tadi telah menyebabkan kejadian tanah runtuh di Jalan E6,Taman Melawati,Ampang,melibatkan runtuhan lereng bukit seluas 20 x 20 meter / Foto JBPM

AMPANG,15 Oktober – Hujan lebat sejak awal pagi tadi telah menyebabkan kejadian tanah runtuh di Jalan E6,di sini melibatkan runtuhan lereng bukit seluas 20 x 20 meter.

Penolong Pengarah Operasi,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor,Ahmad Mukhlis Mokhtar memaklumkan runtuhan setinggi 30 meter itu turut mengakibatkan beberapa pokok tumbang berhampiran rumah dan kenderaan penduduk.

"Atas faktor keselamatan,seramai 20 keluarga telah diarahkan berpindah," katanya menerusi kenyataan.

Kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan mangsa atau kediaman,namun pergerakan tanah masih berlaku di kawasan berkenaan.