SSPA 2024: 23 skim perkhidmatan dijumudkan

Gambar hiasan penjawat awam

KUALA LUMPUR,13 September - Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2024 sebanyak 23 skim perkhidmatan telah dijumudkan.

Ini termasuk satu skim di bawah Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jumlah keseluruhan skim perkhidmatan di bawah SSPA kini adalah 199​ berbanding sebelum ini 229 skim di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Antara senarai skim perkhidmatan yang dijumudkan adalah:

Pemandu Lokomotif (Gred A13,A19/20,A22,A26,A28)

Jurusolek (Gred B19,B21/22,B25/26,B27/28)

Pensyarah UiTM (Gred DM41,DM45/46,DM51/52,DM53/54,Khas)

Penolong Pensyarah UiTM (Gred DM29,DM32,DM34,DM40)

Pengurus Taman/Ladang (Gred G41,G44,G48,G52,G54)

Penolong Pengurus Taman/Ladang (Gred G29,G32,G36,G40)

Pembantu Taman/Ladang (Gred G19,G22,G26,G28)

Operator Mesin Prosesan Data (Gred F11,F14)

Pembantu Pertanian (Gred G19,G26)

Juruteknik (Gred J19,J22,J26)

Juruteknik Landskap (Gred J19,J26)

Jaga (Gred R1,R4)

Pembantu Keselamatan (Gred KP1,KP2,KP3,KP4)

Pegawai Kewangan (Gred W41,W44,W48,W52,W54)

Pengawal Keselamatan (Gred KP11,KP14,KP16,KP18)

Pengawas Hutan (Gred G11,G14)

Pembantu Hidupan Liar (Gred G11,G14)

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N1,N2,N3,N4)

Pembantu Kemahiran (Gred H1,H2,H3,H4)

Juruteknik Perkhidmatan (Gred J1,J2,J3)

Pembantu Pemuliharaan (Gred S19,S22,S26,S28)

Pegawai Kewangan (Gred W41,W54)

Pembantu Pertanian (Gred G19,G26).

Perkhidmatan jumud ialah perkhidmatan yang tidak lagi diperlukan (obsolete) berikutan dengan perubahan fungsi perkhidmatan.