600,000 pengunjung disasar ke Zoo Johor

Foto RTM

JOHOR BAHRU,11 September-Seramai 600,000 pengunjung disasar ke Zoo Johor,Johor Bahru sehingga 31 Disember ini susulan sambutan luar biasa diterima sejak zoo tersebut dibuka semula pada 31 Ogos lalu.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor,Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata zoo tersebut merekodkan kira-kira 107,000 pengunjung sejak 31 Ogos lalu hingga semalam.

Angka tersebut adalah yang tertinggi pernah dicatatkan Zoo Johor; sejak dibuka pada 1962.

"53 spesies melibatkan mamalia,reptilia,burung dan ketika ini kita telah tambah kepada 275 hingga 377 jumlah haiwan dan hampir kebanyakan haiwan juga ada di sini.. pastinya untuk meningkatkan lagi perkhidmatan,kita ada aktiviti memberi makan kepada burung-burung dan akan ditambah lagi nanti," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Pihaknya juga akan mengadakan libat urus bersama-sama 16 pihak berkuasa tempatan bagi merancakkan promosi zoo berkenaan,seterusnya menarik lebih ramai pengunjung.