Niaga hadapan FBM KLCI bercampur-campur pada tengah hari

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,5 September- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives bercampur-campur pada tengah hari Khamis.

Pada rehat tengah hari,kontrak September 2024 dan Mac 2025 masing-masing meningkat setengah mata kepada 1,653.5 dan 1,647.0,manakala kontrak Oktober 2024 tidak diniagakan pada 1,657.0 dan Disember 2024 jatuh setengah mata kepada 1,660.0.

Jumlah dagangan sebanyak 5,259 lot dengan kepentingan terbuka sebanyak 49,901 kontrak.

FBM KLCI susut 1.40 mata kepada 1,668.84 berbanding 1,670.24 ketika ditutup pada Rabu.- BERNAMA