Program dialog tingkat pemahaman terhadap perlembagaan negara

Saraswathy Kandasmi ketika berucap pada program Dialog Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan di ibu negara. - FOTO RTM

KUALA LUMPUR,4 September - Program "Dialog Memasyarakatkan Perlembagaan Persekutuan" bersempena Bulan Kebangsaan 2024,diadakan bagi tujuan memantapkan pemahaman orang ramai terhadap perlembagaan negara.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara,Saraswathy Kandasmi menyifatkan program berkenaan dapat mengelakkan rakyat daripada terpengaruh dakwaan sesetengah pihak mengenai perlembagaan khususnya,pada musim pilihan raya.

"Apabila ada pilihan raya,terdapat sesetengah pihak cuba menyungkit perasan,seperti menyentuh isu kedudukan orang Melayu.

"Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh sesetengahkan pihak tersebut adalah tidak mungkin berlaku,jika kita memahami perlembagaan," katanya.

Selain daripada itu,program sama dapat memelihara serta mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini.