Tiada cadangan kembalikan GST

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil/ Foto facebook Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA,29 Ogos- Tiada cadangan untuk mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai alternatif menghapuskan subsidi petrol RON95.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menafikan dakwaan terbabit kerana tiada sebarang perbincangan dilakukan berhubung perkara itu.

"Tidak ada,tidak ada apa-apa perbincangan (berkaitan GST)",katanya kepada pemberita pada sidang media Raptai Penuh Hari Kebangsaan Ke-67 di Putrajaya.

Terdahulu,sebuah laporan media antarabangsa mendakwa kerajaan sedang mempertimbang untuk mengembalikan GST secara menyeluruh.

Ia bagi menggantikan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol dalam usaha meningkatkan hasil negara.