Kerjasama RTM-DNB-Ericsson tingkat kecekapan siaran langsung Hari Kebangsaan

Penolong Pengarah Seksyen Fasilit Teknikal BES,Ir Ts Ahmad Shafiq Mirza Mansor

PUTRAJAYA,29 Ogos- Proses menyiarkan siaran langsung Sambutan Hari Kebangsaan 2024 oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjalan lancar.

Ia dibuktikan lagi menerusi kerjasama buat julung kali RTM dengan Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson.

Menurut Penolong Pengarah Seksyen Fasilit Teknikal BES,Ir Ts Ahmad Shafiq Mirza Mansor,aplikasi teknologi rangkaian 5G tersebut membantu RTM daripada segi kecekapan dan peningkatan kualiti penerbitan rancangan.

"Kerjasama RTM dengan DNB ini dalam skop penghantaran isyarat antara lokasi ke kawasan OB dan juga dari kawasan OB ke Angkasapuri iaitu di Wisma Berita itu sendiri.

"Teknologi yang kita gunakan adalah '5G slicing' dimana teknologi ini adalah pengembangan kepada 'mocrowavely',satelit dan sekarang kita guna teknologi 5G,"katanya.

Tambah beliau,kerjasama ini juga turut mempercepatkan lagi penyediaan fasiliti penyiaran selain kualiti.

Sabtu ini,RTM bakal menyiarkan siaran langsung Hari Kemerdekaan Ke-67 di Dataran Putrajaya.

Menariknya,siaran kali ini turut disampaikan dalam dua bahasa.