Banjir kilat: 12 rumah di Kubang Pasu dinaiki air

Foto APM Kubang Pasu

KUBANG PASU,29 Ogos - Sebanyak 12 rumah di Kampung Nangmah,Mukim Temin,di sini dinaiki air dalam kejadian banjir kilat pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu,Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi memaklumkan,hujan lebat yang turun sejak 27 Ogos lalu menyebabkan paras air sungai meningkat di beberapa kawasan.

Namun,tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini.

"Pemantauan pada pukul 7 pagi tadi menunjukkan trend paras air sungai semakin meningkat,tetapi keadaan masih terkawal. Anggota APM akan terus melakukan pemantauan di kawasan terjejas," katanya menerusi kenyataan.

Mohd Adenin turut menasihati orang ramai supaya segera berpindah sekiranya paras air di kawasan kediaman terus meningkat.