Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun ke-74 kepada Wanita UMNO

Foto: FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR,27 Ogos- Presiden UMNO,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-74 buat Wanita UMNO.

Menerusi hantaran di Facebook,Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata Wanita UMNO yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1949 telah menjadi nadi perjuangan UMNO dalam memartabatkan agama,bangsa dan negara.

“Sepanjang 74 tahun ini,kita telah menyaksikan sembilan wanita luar biasa menerajui Pergerakan Wanita UMNO dengan penuh dedikasi dan semangat juang yang tidak pernah pudar. Saya berbangga Wanita UMNO terus memainkan peranan penting dalam membawa perubahan dan memperkukuh asas perjuangan UMNO.

“Dalam era yang penuh cabaran ini,Wanita UMNO kekal sebagai tulang belakang parti,memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat dengan tekad yang tidak pernah goyah. Marilah kita bersama-sama memperkasakan Wanita UMNO demi masa depan golongan hawa di seluruh negara,” katanya.

Menerusi hantaran berasingan,Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-75 Pemuda UMNO yang disambut semalam.

“Pemuda mestilah terus meneroka peluang baharu,mencipta gaya inovatif dan memastikan suara anak muda terus didengar pada setiap peringkat. Anda ialah nadi perubahan yang akan menentukan masa depan UMNO dan Malaysia.

“Marilah kita jadikan ulang tahun ke-75 ini sebagai detik untuk membaharui azam dan memperkuat langkah. Bersama-sama,kita akan terus mengangkat Pemuda UMNO sebagai pergerakan berwawasan dan berpengaruh dalam memastikan kestabilan politik dan sosial di negara kita,” katanya.