Kempen keselamatan lif dan eskalator tingkat kesedaran masyarakat

Ir. Dr Nor Halim Hasan

SEREMBAN,24 Ogos- Kempen keselamatan lif dan eskalator penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan selamat dalam penggunaan lif serta eskalator.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan,Ir. Dr Nor Halim Hasan berkata,sebanyak 85 kemalangan dan enam kematian direkodkan di negara ini pada tahun 2012 hingga 2018 berpunca daripada penggunaan lif dan eskalator.

Insiden seperti itu boleh dicegah dan menunjukkan keperluan kritikal untuk pendidikan awam tentang amalan selamat ketika menggunakan lif dan eskalator.

"Faktor penyumbang kemalangan adalah pelbagai namun salah satu daripadanya adalah kurangnya kesedaran tentang bahaya lif dan juga eskalator.

"Oleh itu kempen pada hari ini dirangka dengan fokus tunggal iaitu untuk mendidik dan juga memaklumkan dan mempromosi tingkah laku selamat apabila penggunaan lif dan juga eskalator," katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Kempen Keselamatan Pengguna Lif dan Eskalator di Seremban 2.